Zee vlog. – A blog by Tetel 11115.

https://zeevlog.wordpress.com/

Advertisement

Solat sunat.

*BILANGAN RAKAAT SOLAT SUNAT JUMAAT*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3170278593031450&id=100001480210614

SOALAN :

Berapakah rakaat solat sunat sebelum jumaat dan rakaat solat sunat selepas jumaat?

JAWAPAN :

Solat sunat sebelum jumaat dan selepas jumaat sekurangnya dikerjakan dengan dua rakaat tetapi yang afdhal ialah dikerjakan sebelum jumaat dengan empat rakaat dan selepas jumaat dengan empat rakaat.

Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib r.a. berkata :

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ يُصَلِّي قَبْلَ الْجُمُعَةِ أَرْبَعًا، وَبَعْدَهَا أَرْبَعًا

Artinya : “Adalah Rasulullah saw solat sebelum jumaat akan empat rakaat dan selepas jumaat akan empat rakaat.” (Hadith Riwayat Imam At-Tabarani dalam Al-Ausath)

Berkata Imam Nawawi :

فَرْعٌ فِي سُنَّةِ الْجُمُعَةِ بَعْدَهَا وَقَبْلَهَا: تُسَنُّ قَبْلَهَا وَبَعْدَهَا صَلَاةٌ، وَأَقَلُّهَا رَكْعَتَانِ قَبْلَهَا، وَرَكْعَتَانِ بَعْدَهَا، وَالْأَكْمَلُ أَرْبَعٌ قَبْلَهَا، وَأَرْبَعٌ بَعْدَهَا

Artinya : “Ini satu furu’ pada menerangkan solat sunat sebelum jumaat dan selepasnya. Disunatkan sebelum jumaat dan selepasnya itu akan solat yaitu sekurangnya dua rakaat sebelum jumaat dan dua rakaat selepasnya. Dan yang sempurna ialah empat rakaat sebelum jumaat dan empat rakaat selepasnya.” (Kitab Al-Majmu’)

Wallahua’lam
Ustaz Azhar Idrus